Alhamdulillah,exam sem 1 dh tamat n habis,soalannya mcm susah je,tpi nk wat mcm mne kan?ana dh cuba buat yg terbaik,tpi ana tawakal je skrg nie,,,
cuti sem 1bulan 1/2,jadi kena cari kerja utk duit poket sikti
target gaji utk kerja ni nak beli:cermin mata baru,kasut kulit,blazer,
Monday, 26 November 2012
Saturday, 13 October 2012
Jadi lah seperti Ikan di lautan
Nak jadi ikan di lautan
" Hidup kita sekarang perlu jadi seperti ikan di lautan. Walau air di lautan itu masin, namun isi ikan-ikan di lautan tak pernah menjadi masin."
Anda faham? Mari saya fahamkan.
Kata-kata
tersebut, sering kali menjengah fikiran ini. Kadang-kadang, terfikir
jugak, bolehkah aku jadi seperti 'ikan-ikan di lautan' itu?? Hmm, sukar
tu.
Anda pernah makan ikan laut. Tak kisah la walau hanya ikan termenung atau ikan kembong. Janji ikan tersebut berasal dari laut. Setelah dimakan, adakah rasa isinya masin? Semestinya tidak kan, kecuali la ikan tu telah diproses untuk dibuat ikan masin.
Dalam keadaan di sekeliling tempat asal ikan-ikan tersebut yang masin, isinya tak pernah pun jadi masin. Kebal. Tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Hebat bukan.
Begitulah kita hari ni. Terlalu banyak serangan pemikiran atau ghazwul fikr dari pihak musuh Islam untuk menjahanamkan umat Islam yang mulia ini. Walau mereka tidak menghalakan senjata hebat mereka kepada kita, mereka sentiasa menyerang kita dari arah yang kita tidak sangka. Ya, semestinya serangan pemikiran. Mereka menyerang dari segenap aspek. Dari segi ICT nya dan banyak lagi.
Akibatnya, banyak aqidah dan hati umat Islam kini telah dicemari. Kotor dan terus hitam dek angkara mereka. Selepas itu terus memberi kesan terhadap akhlak generasi kini.
Oleh itu, antara langkahnya. Kita jadilah seperti ikan-ikan dilautan itu. Tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Untuk terpengaruh dengan budaya yang baik, baguslah. Tapi jika budaya itu kuning, elakkanlah. pandai-pandailah kita membezakan yang hak dan batil. Ikuti yang hak, buang yang batil dan syubhah.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :
“Islam
itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing
sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu
(ghuraba’).”
(Hadis
Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu
Hurairah). Ibnu Majah,Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976
(Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094
(Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
Imam Diangkat Bukan Kerana Pakaian
Selama
iktikaf dimasjid, saya perasan bahawa mentaliti umat Islam kita masih
jumud tentang pakaian. Biarpun ustaz tetapi jika tak berjubah dan
berserban maka susah untuk orang ramai dan ahli jamaah nak mengangkat
jadi Imam !
Kata Syeikh Syed Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnahnya, orang yang paling berhak menjadi imam ialah orang yang paling baik bacaannya terhadap kitab Allah. Kemudian jika ada ramai orang yang setanding bacaannya maka dipilih dikalangan mereka orang yang paling faqih dan memahami sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam. Adapun jika masih ada yang setanding lagi selepas itu maka didahulukan orang yang paling awal berhijrah dan jika masih ada lagi yang setanding maka akhirnya didahulukan orang yang lebih tua. (Lihat Fiqh Sunnah, Jilid 1, ms. 173. Cet. Muasasah Resalah)
Ini bertepatan dengan hadis Abu Mas’ud Al-Ansori ra yang berkata telah bersabda baginda rasulullah SAW :
Maksudnya
: Yang menjadi imam kepada suatu kaum itu (yang berhak) ialah orang
yang paling baik bacaan (dan hafalan) Al-Qur’annya . Kalau ada
dikalangan mereka itu yang setanding dalam bacaan maka dipilih yang
paling mengerti tentang Sunnah. Kalau dalam Sunnah juga setanding, maka
dipilih yang lebih dahulu berhijrah . Kalau dalam berhijrah itu juga
ada dikalangan mereka yang sama, maka dipilih yang lebih dahulu masuk
Islam”. Dalam riwayat lain : ”.....yang paling tua usianya” . (hadis
riwayat Ahmad dan Muslim)
Malangnya di tanahair kita kebanyakan surau, musolla dan masjid lebih suka memilih imam dikalangan orang yang berpakaian jubah dan serban dari melihat kepada bacaan dan kebolehan. Ini disebabkan mentaliti kita masih belum bebas dan merdeka daripada kejumudan dan kesempitan pemikiran !
Pemikiran seperti ini perlu diubah kerana ianya akan membahayakan generasi muda dan survival Islam di masa hadapan. Ketahuilah sebaik-baik pakaian ialah taqwa dan ianya tidak jubah dan serban tetapi istiqamah dan berpegang kepada syariat Allah !
Syarat dalam ibadah ialah menutup aurat dan pakaian itu bersih daripada kotoran serta tidak menimbulkan fitnah yang menyalahi agama seperti isu tasyabuh dan sebagainya. Selain daripada itu ianya adalah harus dipakai dan layak dibawa ke dalam tempat solat.
Firman Allah SWT : ”Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)
Sesungguhnya sebaik-baik pakaian yang dipakaikan ke tubuh badan ialah pakaian taqwa dan dilekatkan ke tubuh demi mencari keredhaan Allah SWT !
Wallahu’alam.
Kata Syeikh Syed Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnahnya, orang yang paling berhak menjadi imam ialah orang yang paling baik bacaannya terhadap kitab Allah. Kemudian jika ada ramai orang yang setanding bacaannya maka dipilih dikalangan mereka orang yang paling faqih dan memahami sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam. Adapun jika masih ada yang setanding lagi selepas itu maka didahulukan orang yang paling awal berhijrah dan jika masih ada lagi yang setanding maka akhirnya didahulukan orang yang lebih tua. (Lihat Fiqh Sunnah, Jilid 1, ms. 173. Cet. Muasasah Resalah)
Ini bertepatan dengan hadis Abu Mas’ud Al-Ansori ra yang berkata telah bersabda baginda rasulullah SAW :
”يؤم
القوم أقرؤهم لكتاب الله فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة، فإن
كانوا في السنة سواءً فأقدمهم هجرة، فإن كانوا في الهجرة سواءً فأقدمهم
سلماً – وفي رواية - سنّاً
Malangnya di tanahair kita kebanyakan surau, musolla dan masjid lebih suka memilih imam dikalangan orang yang berpakaian jubah dan serban dari melihat kepada bacaan dan kebolehan. Ini disebabkan mentaliti kita masih belum bebas dan merdeka daripada kejumudan dan kesempitan pemikiran !
Pemikiran seperti ini perlu diubah kerana ianya akan membahayakan generasi muda dan survival Islam di masa hadapan. Ketahuilah sebaik-baik pakaian ialah taqwa dan ianya tidak jubah dan serban tetapi istiqamah dan berpegang kepada syariat Allah !
Syarat dalam ibadah ialah menutup aurat dan pakaian itu bersih daripada kotoran serta tidak menimbulkan fitnah yang menyalahi agama seperti isu tasyabuh dan sebagainya. Selain daripada itu ianya adalah harus dipakai dan layak dibawa ke dalam tempat solat.
Firman Allah SWT : ”Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)
Sesungguhnya sebaik-baik pakaian yang dipakaikan ke tubuh badan ialah pakaian taqwa dan dilekatkan ke tubuh demi mencari keredhaan Allah SWT !
Wallahu’alam.
Jangan malu untuk berkata, ‘la adri’
Kerap
kali berlaku dimana apa bila ada yang bertanya tentang masalah agama kita akan
menjawab dengan jawapan yang entah apa-apa langsung diketepikan disiplin ilmu.
Bimbang dilabel ‘bodoh’ sedangkan kita mempunyai degree, master mahupun phD
dalam bidang agama. Sampai
saat ini ada juga yang masih mengira, jika seseorang tidak tahu, lalu ia terus
terang mengatakan “saya tidak tahu“, maka sederet stigma negatif akan menempel
kepadanya, seperti kurang pengetahuan, bodoh dan lain-lain. Padahal tidak demikian, beberapa ulama seperti Al Mawardi
dan Al Munawi menjelaskan, antara sifat
orang alim, jika dia tidak tahu maka ia terus terang. Sebaliknya sifat orang
bodoh, jika ia takut mengatakan kalau dirinya tidak tahu. Jangan malu untuk
mengatakan ‘la adri’ kerana kita sememangnya makhluk ALLAH tidak punyai
pengetahuan. Kalau pun ada semuanya pinjaman sementara daripada ALLAH Yang
‘ALIM. Justeru, kita perlu lebih meneliti pandangan ALLAH daripada pandangan
manusia. Takutlah kepada ALLAH itu perlu ada sebelum mengeluarkan
pendapat/jawapan kepada sesuatu masalah. Hanya mahu gah dihadapan manusia
sebaliknya dipandang ALLAH adalah hina! . Hidup ini adalah sebuah perjalanan
dimana sepanjang perjalanan ini kita mengemis redhaNYA bukan murkaNYA!
Para ulama terdahulu tidak pernah malu berterus terang jika mereka benar-benar tidak tahu. Karena mereka tahu, bahwa kesan berfatwa tidak didasari ilmu adalah berat. Sifat mereka yang hati-hati inilah yang menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang berilmu. Banyak yang bisa kita tiru dari sifat-sifat baik mereka.
Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahwa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al Mutafaqqih, 2/170).
Kejadian ini tidak hanya sekali. Dirwayatkan juga
oleh Ibnu Mahdi bahwa seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, akan tetapi
tidak satupun dijawab oleh beliau hingga lelaki itu mengatakan:“Aku telah
melakukan perjalanan selama 6 bulan, diutus oleh penduduk bertanya kepadamu,
apa yang hendak aku katakan kepada mereka?“ Imam Malik menjawab, “katakan bahwa
Malik tidak bisa menjawab!“ (Nukilan dari Al Maqalat Al Kautsari, 398).
See, para ulama’ dan para sahabat memandang berat kepada perkara ni, dan tak terburu-buru waktu nak menjawab (mengeluarkan fatwa etc.), tetapi kenapa kita, tak sampai seminit dah boleh keluar fatwa?
Memetik kata-kata para sahabat dan tabi' tabiin mengenai hal ini:
* Ata' ibn
As-Sa'ib pernah berkata, "Saya pernah mengenali orang alim (berilmu)
yang takut menjawab soalan yang ditujukan kepadanya kerana bimbang
jawapan itu salah."
* Umar ibn Al-Khattab berpesan kepada para sahabat, "Lebih bersedia seseorang untuk menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, lebih bersedia dia untuk masuk ke neraka."
* Ibn Mas'ud pernah berkata, "Saya percaya sesiapa yang memberi pendapat pada semua perkara adalah tindakan yang tidak wajar."
* Apabila orang yang paling alim antara yang paling benar, Sa'id ibn Al-Musayyab ingin memberi pendapat, beliau akan berkata, "Ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada memberi pendapat yang salah, dan selamatkanlah yang lain daripada kesilapanku."
* Banyak kali dilaporkan Abu Hanifah berkata, "Saya tidak tahu," walaupun beliau seorang yang bijak dalam menjawab kemusykilan dan menunjukkan kebolehan dalam membuat kesimpulan dalam hukum hakam.
* Daripada Al-Khatib Al-Baghdadi, Abu Yusuf pernah berkata, "Saya pernah mendengar Abu Hanifah berkata, 'Kerana takutkan azab ALLAH, aku tidak memanfaatkan ilmuku, aku tidak akan memberi fatwa kepada sesiapa yang bertanya. Orang yang bertanya itu akan mendapat manfaat daripada jawapan itu, manakala aku akan bertanggungjawab jika ia salah."
* Abu Hanifah pernah berkata, "Orang yang memberi fatwa dan mendedahkan ilmu agama sesuka hati tanpa memikirkan bahawa ALLAH akan bertanya, 'Kenapa kamu mengeluarkan fatwa tanpa memiliki ilmu mengenainya?' Sesungguhnya dia meletakkan dirinya dan agamanya dalam bahaya."
* Imam Malik pula lebih berhati-hati dalam perkara ini. Contohnya, beliau pernah berkata, "Apabila seseorang ditanya satu soalan, dia sepatutnya memikirkan ke mana dia akan pergi di Akhirat kelak, syurga atau neraka, dan mempertimbang bagaimana dia harus menyelamatkan diri daripada azab pada hari itu (Akhirat), kemudian barulah dia boleh menjawab pertanyaan tersebut."
* Daripada Ibn Al-Qasim, "Aku pernah mendengar Imam Malik berkata 'Aku sedang memikirkan satu pertanyaan selama lebih sepuluh tahun dan sehingga kini masih belum dapat jawapannya."
* Ibn Mahdi juga pernah berkata Imam Malik berkata, "Aku mungkin akan bertafakur sepanjang malam memikirkan satu soalan mengenai hukum." *
Mus'ab melaporkan, "Bapa saya menyuruh saya bawa orang yang menghadapi masalah berjumpa Imam Malik untuk penyelesaian. Kemudian, Imam Malik menjawab, "Aku tidak tahu. Tanya orang yang lebih tahu." * Ibn Abu Hassan pernah berkata tentang Imam Malik, "Pernah suatu ketika, Imam Malik ditanya sebanyak 22 soalan mengenai hukum hakam, beliau tidak menjawab lebih daripada dua, dan berkata 'Tiada yang berkuasa dan agung melainkan dengan izin ALLAH'."
* Kadang kala Imam Malik akan menjawab dengan berkata, "Ilmu lebih luas daripada ini."
* Pada suatu ketika, Imam Malik berkata sedemikian, ada segelintir berkata kepadanya, "Jika kamu tidak tahu, maka siapa lagi yang lebih tahu?" Beliau menjawab, "Apa yang kamu katakan ini? Kamu tidak kenal aku! Aku bukanlah sesiapa! Apa yang membezakan aku dengan kamu sehingga kamu berbeza daripadaku?" Kemudian beliau berkata (kata-kata daripada Ibn Umar) "Aku tidaklah mengetahui sepertimana kamu sangkakan; aku bukanlah sesiapa! Bangga diri dan terkenal di mata masyarakat itu hanya merosakkan masyarakatnya sendiri, dan hanya sedikit sahaja yang benar-benar berilmu."
* Mus'ab pernah berkata, "Suatu ketika, Imam Malik ditanya mengenai sesuatu dan beliau menjawab, 'Aku tidak tahu.' Lalu orang yang bertanya yang juga merupakan orang yang berpengaruh berkata, "Ia hanya soalan yang mudah dan aku ingin mengkhabarkan kepada putera tentang jawapannya," Imam Malik menjawab, "Soalan Mudah! Tiada yang mudah dalam ilmu. Tidakkah kamu mendengar firman ALLAH {Sesungguhnya KAMI akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya}{Surah Al-Muzammil,ayat 5}. Ilmu ini tidaklah semudah yang disangkakan, terutamanya apabila ingin mengeluarkan fatwa."
* Imam Malik juga selalu berkata seperti ini apabila ingin memberi fatwa, "Tiada yang berkuasa dan agung melainkan dengan izin ALLAH." dan {KAMI tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya.}{Surah Al-Jathiyah,ayat 32}.
* Abu Dawud juga pernah melaporkan Imam Ahmad apabila ditanya tentang hukum hakam, beliau akan berkata, "Lebih baik kita tinggalkan perkara bid'ah ini." * Abu Dawud juga pernah berkata, "Banyak kali aku mendengar Imam Ahmad berkata (apabila diminta diberi pendapat) dalam sesuatu perkara , 'Aku tidak tahu.'" * Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Imam Ahmad dan meminta pendapat daripadanya, tetapi beliau berkata, "Aku tidak ada jawapan untuk itu." Kemudian beliau berkata seperti kata-kata Abdullah ibn Mas'ud seperti di atas.

MashALLAH. Jika ulama' tidak malu untuk mengatakan'la adri' kenapa tidak kita. hakikatnya kita lebih-lebih lagi tidak ada pengetahuan berbanding mereka.
Moga ada manfaatnya:)
wALLAHu'alam.
Thursday, 11 October 2012
Kawal marah
Macam mana nak kawal marah?
Cara - cara nak hilangkan marah (cara ana, campur dengan orang lain punya)
1) Jauhi punca yang menyebabkan anda marah
Kalau kucing adalah penyebab anda marah, jauhi kucing itu. Kalau rakan anda punca kemarahan anda, jauhi rakan anda itu. Buat sementara je la. Jangan gatal - gatal nak isytiharkan perang. Kang ada pulak kes sahabat bunuh sahabat.
2) Istighfar
Bila dah duduh jauh - jauh dari punca yang menjadi kemarahan anda, beristighfarlah. Berzikir banyak - banyak. Daripada korang bazirkan air liur membebel yang tak tentu hala, apa salahnya korang try berzikir pulak.
Firman Allah SWT, "ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, nescaya hatimu akan menjadi tenang." Insya Allah, hati korang akan tenang dan relaks selepas itu.
3) Berwudhuk
Apabila tengah - tengah hot ni, syaitan suka la menghasut. Masa tengah hot ni la, syaitan bagi idea gila. Suruh bunuh, suruh pukul, simbah asid. Jadi, jaga - jaga. Apabila timbul perasaan ni, cepat - cepat ambil wudhuk. Jangan layan sangat amarah tu. Makin dilayan, makin sakit hati. So, tenang, pergi ambil wudhuk.
4) Lakukan apa yang korang suka @ hobi
Bila
hati dah tenang sikit, korang buat la apa yang korang suka. Makan,
tidur, lari, tak kisah. Asal jangan terjun bangunan sudah. Tension la
katakan.Tapi terserahlah kalau korang nak buat apa pun. Sesetengah orang
akan menangis sebab nak kawal perasaan amarah. Macam sahabat ana. Kalau
time nak marah, mesti dia akan menyepikan diri. Tengok - tengok dah
nangis. Tapi tak apa la. Dah nangis tu kira dapat cuci mata. Perhatian!
Jangan buat perkara yang melampaui batas dan lunas - lunas yang
ditetapkan agama.5) Mandi
Bila dah nangis tu, sure mata bengkak. Korang mandi la. Buruk kalau orang lain tengok. Duduk bawah pancuran air hujan sambil nangis. Duduk la lama sikit. Sambil - sambil nangis tu, tolong la basuh bilik air ke, basuh baju ke. Sental baju @ lantai bilik air sampai bersih. Tengah geram. Nak lepas kat orang, naya. Lepas kat kucing, kasihan pulak. Lepas la kat baju @ lantai bilik air. Kalau baju rosak, beli baju baru... Lagipun air dapat mendatangkan ketenangan dalam jiwa. Tip daripada ustaz ana, ketika air sedang mengalir dia atas kepala, berdoalah dalam hati agar air itu dapat menghapuskan bara amarah sepertimana air memadamkan api.
6) Tanamkan maaf dalam diri
Sudah
- sudah la tu berdendam. Buat penat je. Buat sakit hati pun ada. Cuba
fikir balik. Tenangkah sebuah kehidupan jika disulami dengan kebencian
dan dendam? Takkan aman punya. Korang tanyalah pencuri ke perompak ke,
tanya mereka. Aman tak hidup jika asyik diburu polis. Hoho... Hidup
dalam ketakutan... Siapa nak... Jadi, saling bermaafan. Jangan tunggu
Hari Raya pulak. Asyik tunggu Hari Raya je. Didik dalam diri supaya
jangan tunggu Hari Raya. Sekarang jugak pergi minta maaf. Bila dah
bermaafan, sure hati akan jadi tenang. Try la.
7)Bermuhasabah diri
Bermuhasabah diri balik. Cari punca masalah yang berlaku. Mungkin semua masalah berpunca daripada kita dan kelemahan kita. Jangan asyik nak tunding jari kat orang lain. Jadi, time ni la korang nak cari kelemahan korang dan kalau mampu, perbaiki kelemahan kita itu. Then, slow - slow selesaikan masalah yang timbul. Insyaallah. Semua masalah punya jalan penyelesaian.
8) Minum air
Minum air masak banyak - banyak. Jangan air tengah menggelegak. Kang makin panas hati korang. Minum air suam pun okey. Minum selagi tak hilang amarah tu. Ana selalu buat macam tu. Kalau nak marah je terus minum air. Terus tak jadi nak marah. Entah petua mana ana ambil. Tapi memang betul. Menjadi. Atau tak boleh nak marah sebab perut kembung - terlalu banyak minum air.
9) Membaca al - Quran
Bagilah hati tu lega dengan ayat al - Quran. Daripada korang duduk melalut, baik korang baca al - Quran. Terapi hati. Mujarab. Cubalah. Insyaalah, hati akan jadi tenang dan lapang. Tak payah korang nak pergi jauh - jauh, London, Africa, semata - mata nak tenangkan jiwa dan lapangkan hati. Baca kalam Allah, insyaallah, hati akan menjadi tenang..
Orang soleh, apabila sedang marah, segera membaca taawwuz, sekiranya marah k
Minum air masak banyak - banyak. Jangan air tengah menggelegak. Kang makin panas hati korang. Minum air suam pun okey. Minum selagi tak hilang amarah tu. Ana selalu buat macam tu. Kalau nak marah je terus minum air. Terus tak jadi nak marah. Entah petua mana ana ambil. Tapi memang betul. Menjadi. Atau tak boleh nak marah sebab perut kembung - terlalu banyak minum air.
9) Membaca al - Quran
Bagilah hati tu lega dengan ayat al - Quran. Daripada korang duduk melalut, baik korang baca al - Quran. Terapi hati. Mujarab. Cubalah. Insyaalah, hati akan jadi tenang dan lapang. Tak payah korang nak pergi jauh - jauh, London, Africa, semata - mata nak tenangkan jiwa dan lapangkan hati. Baca kalam Allah, insyaallah, hati akan menjadi tenang..
Allah Maha Merancang
Andai Allah cepat mengabulkan doamu, bermakna Dia menyayangimu
Andai Allah lambat mengabulkan doamu, bermakna Dia ingin mengujimu
Andai Allah tidak mengabulkan doamu, bermakna Dia tahu apa yang terbaik untukmu
Dahulu, ana selalu berfikir. Kenapa ana tidak bernasib baik. Seringkali kalah, seringkali gagal, seringkali tewas... Di mana ana berada, seringkali ana tewas... Tetapi sejak ana ternampak kata - kata tersebut, ana segera bermuhasabah diri.

Tewas dalam pembelajaran
Tewas dengan perasaan
Tewas dengan godaan
Tewas dalam persahabatan
Tewas dengan kasih sayang
Sehingga kadangkala ana fikir, buat apa ana hidup andai ana seringkali tewas. Buat apa ana masih bernyawa di bumi Allah SWT andai ana seringkali gagal... Kadang - kadang ana malu dengan insan di sekeliling ana. Malu kerana ana seorang yang gagal. Insan gagal tidak ada gunanya hidup. Ana jahil bukan?
Sejak ana terpandang kata - kata itu, ana mula fikir balik. Kebetulan perlawanan ana telah tamat dan ana mengambil masa untuk menyendiri. Ana fikir balik apa hikmah di sebalik semua yang Allah SWT
aturkan buat ana. Dari kecil, sehingga ana berdiri seperti sekarang. Satu persatu ana ingat balik dan fikirkan apa hikmah yang Allah anugerahkan buat ana.
Ana teringat tentang firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
“Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan
nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”Ya. Ujian yang bertalu -talu adalah daripada Pencipta kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana kita bergantung kepadaNya. Untuk melihat sejauh mana kita beriman kepadaNya. Untuk melihat sejauh mana kita percaya tentang kekuasaanNya. Saban hari bibir kita basah mengakui kita beriman kepadaNya dan ternyata, Allah SWT menguji bagi melihat sejauh mana kita melaksanakan bicara kita itu.
Kadang - kadang kita diuji kerana Allah SWT sedang memberi peringatan kepada kita...
Firman Allah dalam Surah Ar-Ruum ayat 41
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Ujian
yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini sebenarnya adalah balasan di atas
segala dosa - dosa yang pernah kita lakukan. Kadang - kadang kita asyik
dengan dunia yang penuh sandiwara ini sehinggakan kita lupa siapa
pencipta kita. Kadang - kadang kita seronok dengan dunia yang sementara
ini sehinggakan kita lupa bahawa kita semakin jauh dengan Pencipta.
Ketahuilah bahawa dengan ujian, kita akan semakin dekat dengan Allah
SWT. Fitrah manusia, andai berada dalam kesukaran, pasti akan bergantung
harap kepada Allah SWT. Orang yang bukan Islam sekalipun, pasti akan
kembali menyebut tuhan mereka di saat mengalami kesukaran. Ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mengetahui
Percaya atau tidak, cepat atau lambat doa kita dimakbulkan, itu semua aturan daripada Pencipta kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 214.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”
Kadangkala kita tewas dan kalah di saat menghadapi sesuatu ujian. Sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan hari esok. Tidak sanggup lagi berhadapan dengan ujian itu kerana pasti andai satu ujian datang, pasti akan datang lagi ujian.

"Aku sudah tak sanggup"
"Aku sudah tidak mampu"
"Aku letih"
"Aku penat"
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah ayat 286 bagi membantu menjawab segala persoalan hambaNya
"Dan Allah tidak akan membebani sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Ketahuilah, bahawa dunia adalah pentas ujian. Kita adalah pelakon. Malaikat umpama jurukamera.
Allah umpama jurinya dan akhirat sana adalah pentas sebenar. Pentas penuh berprestij yang menentukan sama ada syurga atau neraka.
Andai kita rasa kalah dengan ujian yang mendatang ingatlah bahawa ada lagi yang kekal teruji sehingga akhir hayat.
Sumayyah bersama keluarga tercinta diseksa sehingga akhir hayatnya.Seperti Nabi Yahya yang dipenggal kepalanya, seperti Nabi Zakaria yang dibelah tubuhnya, seperti tuk guru kepada remaja dalam cerita Ashabul Ukhdud yang di kerat dua dari kepalanya, seperti Khubaib ibn ‘Adi RA yang mati dilapah-lapah Abu Jahal jasadnya, seperti Mus’ab bin Umair RA yang mati kudung kedua belah tangannya, seperti Anas bin Nadhr RA yang mati dengan 80 tusukan pada jasadnya hingga wajahnya tidak dikenali sesiapa kecuali adiknya yang mampu mengenalinya dari cincin di jarinya, seperti Hamzah RA yang mati dimamah jantungnya, dan seperti ramai lagi manusia yang telah berlalu di zaman ini(Asy-Syahid Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Syed Qutb) dan juga zaman terdahulu yang mati sebelum menikmati kesenangan hidup.
Apakah Allah sengaja mahu menghukum mereka? Apakah Allah membenci mereka sehingga tegar membiarkan mereka diuji sehingga akhir nafas?
Tidak. Allah tidak membenci mereka. Malah Allah sangat menyayangi mereka. Buktinya??.. Dengan syurgaNya.
Firman Allah dalam Surah As-Saff ayat 11-12.
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa - dosa kamu, dan masukkan kamu ke dalam taman - taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat - tempat tinggal yang baik dalam Syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar."
Luahan seorang lelaki
Tujuan saya menulis ini, adalah untuk menyuarakan isi hati saya dan kaum adam yang lain. Saya mewakili kaum adam yang lain, yang banyak mengadu tentang kalian. Bukan niat saya untuk menyakiti kalian tetapi cukuplah sekadar membantu kami yang lemah ini. Bukan jua niat saya untuk menyinggung perasaan kalian tetapi cukuplah sekadar membantu kami yang hina ini.
Wahai bidadari dunia,
Kami mohon, kalian tutuplah aurat kalian. Bukan kami dengki kepada kalian tetapi aurat kalian mengganggu kami. Sekali kami terpandang aurat kalian, pelbagai bayangan dari syaitan yang menjelma. Pelbagai cara dan kaedah kami gunakan untuk menghalau bayangan itu. Walaupun pada mulanya kami berjaya, tetapi andai perkara itu berulang, ulang. dan ulang lagi, bagaimana kami mahu menahan? Kami juga manusia biasa. Punya perasaan. Punya nafsu. Bayangan itu seolah - olah mengejar kami. Baiklah. Kalian seringkali lontarkan tuduhan bahawa kami tidak menjaga pandangan, bermata keranjang, gatal dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kalian? Bukankah Allah telah berfirman dalam ayat dari Surah An – Nur, ayat 31.
"Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Kalian dikurniakan anugerah kecantikan dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki dan anugerah itu hanya berhak pada yang layak. Bukan pada
yang bukan mahram. Dan andai kalian diberi pilih pilihan untuk memilih
yang cantik atau hodoh, semestinya kalian menjawab yang cantik, bukan?
Begitu juga dengan kami. Suka melihat benda yang cantik. Jadi, siapa
yang patut dipersalahkan sekarang? Kalian tidak menutup aurat, dan andai
sesuatu berlaku, seperti kejadian rogol, culik, dan bunuh, kalian
tunding jari pada kami. Adilkah? Bagaimana pula dengan kami yang
terseksa dengan aurat yang kalian persembahkan?
Wahai bidadari dunia,
Jagalah aurat kalian sesempurna mungkin. Aurat wanita adalah untuk dijaga, dan bukan untuk dijadikan tontonan. Kami, kaum adam amat menyayangi kalian kerana kalianlah penyejuk hati kami. Kerana kalianlah bakal zaujah kami. Kerana kalianlah sayap kanan kami. Dan kami amat menyintai kalian. Kami tidak sanggup melihat kalian diazab di neraka milik Allah.Sedangkan Allah telah nyatakan dalam al - Quran, surah An Nisa', ayat 56, yang membawa maksud
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Sanggupkah kalian? Jika kalian ngeri, kami berkali ganda ngeri. Mana mungkin kami melihat bidadari yang kami cintai melangkah ke neraka Jahanam milikNya. Di sana, tiada lagi sebarang pertolongan. Yang ada, hanyalah derita semata - mata. Ketahuilah kami sayang kalian.
Wahai bidadari dunia,
Terima kasih bagi kalian yang menutup aurat. Terima kasih. Tapi, hanya satu yang kami pohon. Tutuplah aurat kalian sesempurna mungkin. Bukan hanya dengan memakai pakaian yang mengikut syarak iaitu hanya menampakkan muka dan pergelangan tangan. Tetapi biarlah yang longgar dan labuh. Benar, permintaan kami ini amat menjengkelkan. Tapi, cuba kalian bayangkan, kalian berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh kalian. Bukankah itu sama sahaja andai kalian tidak memakai pakaian? Bezanya, kalian menutup kepala dengan tudung. Bukankah itu juga mengganggu fikiran kami?
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Jauhilah pakaian yang nipis dan jarang. Bukan kami melarang kalian untuk bergaya, tetapi, kalian fikirlah. Dengan pakaian yang nipis dan jarang itu, bisa membuatkan kami melihat dengan jelas apa yang disebalik pakaian yang kalian pakai. Pada saat inilah bisikan syaitan mula menjengah. Bayangan kotor dari syaitan mula bermaharajalela. Masya-Allah.
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud).
Jadi, kami memohon, tutuplah aurat kalian, labuhkanlah tudung kalian dan longgarkanlah pakaian kalian. Benar, kami banyak songeh kerana meminta kalian itu dan ini. Tetapi, fikirlah, bahawa kami meminta semua ini adalah untuk kebaikan kita semua. Kalian tutup aurat, pandangan kami terjaga. Kalian tidak dapat dosa kerana kalian menutup aurat, kami tidak dapat dosa kerana kami tidak melihat kalian. Kita sama - sama saling bantu - membantu.
Jadi, sampai di sini sahaja warkah daripada saya, wakil daripada kaum adam. Andai terkasar bahasa, tersilap bicara, saya mohon ampun dan maaf. Wahai muslimah sekalian, bangkitlah dari dunia yang penuh tipu daya ini. Bangkitlah. Jagalah maruahmu.
Yang benar,
Anak Adam.
Subscribe to:
Posts (Atom)