Kerap
kali berlaku dimana apa bila ada yang bertanya tentang masalah agama kita akan
menjawab dengan jawapan yang entah apa-apa langsung diketepikan disiplin ilmu.
Bimbang dilabel ‘bodoh’ sedangkan kita mempunyai degree, master mahupun phD
dalam bidang agama. Sampai
saat ini ada juga yang masih mengira, jika seseorang tidak tahu, lalu ia terus
terang mengatakan “saya tidak tahu“, maka sederet stigma negatif akan menempel
kepadanya, seperti kurang pengetahuan, bodoh dan lain-lain. Padahal tidak demikian, beberapa ulama seperti Al Mawardi
dan Al Munawi menjelaskan, antara sifat
orang alim, jika dia tidak tahu maka ia terus terang. Sebaliknya sifat orang
bodoh, jika ia takut mengatakan kalau dirinya tidak tahu. Jangan malu untuk
mengatakan ‘la adri’ kerana kita sememangnya makhluk ALLAH tidak punyai
pengetahuan. Kalau pun ada semuanya pinjaman sementara daripada ALLAH Yang
‘ALIM. Justeru, kita perlu lebih meneliti pandangan ALLAH daripada pandangan
manusia. Takutlah kepada ALLAH itu perlu ada sebelum mengeluarkan
pendapat/jawapan kepada sesuatu masalah. Hanya mahu gah dihadapan manusia
sebaliknya dipandang ALLAH adalah hina! . Hidup ini adalah sebuah perjalanan
dimana sepanjang perjalanan ini kita mengemis redhaNYA bukan murkaNYA!
Para ulama terdahulu tidak pernah malu berterus terang jika mereka benar-benar tidak tahu. Karena mereka tahu, bahwa kesan berfatwa tidak didasari ilmu adalah berat. Sifat mereka yang hati-hati inilah yang menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang berilmu. Banyak yang bisa kita tiru dari sifat-sifat baik mereka.
Al Khatib Al Baghdadi mengisahkan bahwa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, “la adri“ (saya tidak tahu) (Al Faqih wa Al Mutafaqqih, 2/170).
Kejadian ini tidak hanya sekali. Dirwayatkan juga
oleh Ibnu Mahdi bahwa seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, akan tetapi
tidak satupun dijawab oleh beliau hingga lelaki itu mengatakan:“Aku telah
melakukan perjalanan selama 6 bulan, diutus oleh penduduk bertanya kepadamu,
apa yang hendak aku katakan kepada mereka?“ Imam Malik menjawab, “katakan bahwa
Malik tidak bisa menjawab!“ (Nukilan dari Al Maqalat Al Kautsari, 398).
See, para ulama’ dan para sahabat memandang berat kepada perkara ni, dan tak terburu-buru waktu nak menjawab (mengeluarkan fatwa etc.), tetapi kenapa kita, tak sampai seminit dah boleh keluar fatwa?
Memetik kata-kata para sahabat dan tabi' tabiin mengenai hal ini:
* Ata' ibn
As-Sa'ib pernah berkata, "Saya pernah mengenali orang alim (berilmu)
yang takut menjawab soalan yang ditujukan kepadanya kerana bimbang
jawapan itu salah."
* Umar ibn Al-Khattab berpesan kepada para sahabat, "Lebih bersedia seseorang untuk menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, lebih bersedia dia untuk masuk ke neraka."
* Ibn Mas'ud pernah berkata, "Saya percaya sesiapa yang memberi pendapat pada semua perkara adalah tindakan yang tidak wajar."
* Apabila orang yang paling alim antara yang paling benar, Sa'id ibn Al-Musayyab ingin memberi pendapat, beliau akan berkata, "Ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada memberi pendapat yang salah, dan selamatkanlah yang lain daripada kesilapanku."
* Banyak kali dilaporkan Abu Hanifah berkata, "Saya tidak tahu," walaupun beliau seorang yang bijak dalam menjawab kemusykilan dan menunjukkan kebolehan dalam membuat kesimpulan dalam hukum hakam.
* Daripada Al-Khatib Al-Baghdadi, Abu Yusuf pernah berkata, "Saya pernah mendengar Abu Hanifah berkata, 'Kerana takutkan azab ALLAH, aku tidak memanfaatkan ilmuku, aku tidak akan memberi fatwa kepada sesiapa yang bertanya. Orang yang bertanya itu akan mendapat manfaat daripada jawapan itu, manakala aku akan bertanggungjawab jika ia salah."
* Abu Hanifah pernah berkata, "Orang yang memberi fatwa dan mendedahkan ilmu agama sesuka hati tanpa memikirkan bahawa ALLAH akan bertanya, 'Kenapa kamu mengeluarkan fatwa tanpa memiliki ilmu mengenainya?' Sesungguhnya dia meletakkan dirinya dan agamanya dalam bahaya."
* Imam Malik pula lebih berhati-hati dalam perkara ini. Contohnya, beliau pernah berkata, "Apabila seseorang ditanya satu soalan, dia sepatutnya memikirkan ke mana dia akan pergi di Akhirat kelak, syurga atau neraka, dan mempertimbang bagaimana dia harus menyelamatkan diri daripada azab pada hari itu (Akhirat), kemudian barulah dia boleh menjawab pertanyaan tersebut."
* Daripada Ibn Al-Qasim, "Aku pernah mendengar Imam Malik berkata 'Aku sedang memikirkan satu pertanyaan selama lebih sepuluh tahun dan sehingga kini masih belum dapat jawapannya."
* Ibn Mahdi juga pernah berkata Imam Malik berkata, "Aku mungkin akan bertafakur sepanjang malam memikirkan satu soalan mengenai hukum." *
Mus'ab melaporkan, "Bapa saya menyuruh saya bawa orang yang menghadapi masalah berjumpa Imam Malik untuk penyelesaian. Kemudian, Imam Malik menjawab, "Aku tidak tahu. Tanya orang yang lebih tahu." * Ibn Abu Hassan pernah berkata tentang Imam Malik, "Pernah suatu ketika, Imam Malik ditanya sebanyak 22 soalan mengenai hukum hakam, beliau tidak menjawab lebih daripada dua, dan berkata 'Tiada yang berkuasa dan agung melainkan dengan izin ALLAH'."
* Kadang kala Imam Malik akan menjawab dengan berkata, "Ilmu lebih luas daripada ini."
* Pada suatu ketika, Imam Malik berkata sedemikian, ada segelintir berkata kepadanya, "Jika kamu tidak tahu, maka siapa lagi yang lebih tahu?" Beliau menjawab, "Apa yang kamu katakan ini? Kamu tidak kenal aku! Aku bukanlah sesiapa! Apa yang membezakan aku dengan kamu sehingga kamu berbeza daripadaku?" Kemudian beliau berkata (kata-kata daripada Ibn Umar) "Aku tidaklah mengetahui sepertimana kamu sangkakan; aku bukanlah sesiapa! Bangga diri dan terkenal di mata masyarakat itu hanya merosakkan masyarakatnya sendiri, dan hanya sedikit sahaja yang benar-benar berilmu."
* Mus'ab pernah berkata, "Suatu ketika, Imam Malik ditanya mengenai sesuatu dan beliau menjawab, 'Aku tidak tahu.' Lalu orang yang bertanya yang juga merupakan orang yang berpengaruh berkata, "Ia hanya soalan yang mudah dan aku ingin mengkhabarkan kepada putera tentang jawapannya," Imam Malik menjawab, "Soalan Mudah! Tiada yang mudah dalam ilmu. Tidakkah kamu mendengar firman ALLAH {Sesungguhnya KAMI akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya}{Surah Al-Muzammil,ayat 5}. Ilmu ini tidaklah semudah yang disangkakan, terutamanya apabila ingin mengeluarkan fatwa."
* Imam Malik juga selalu berkata seperti ini apabila ingin memberi fatwa, "Tiada yang berkuasa dan agung melainkan dengan izin ALLAH." dan {KAMI tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya.}{Surah Al-Jathiyah,ayat 32}.
* Abu Dawud juga pernah melaporkan Imam Ahmad apabila ditanya tentang hukum hakam, beliau akan berkata, "Lebih baik kita tinggalkan perkara bid'ah ini." * Abu Dawud juga pernah berkata, "Banyak kali aku mendengar Imam Ahmad berkata (apabila diminta diberi pendapat) dalam sesuatu perkara , 'Aku tidak tahu.'" * Suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Imam Ahmad dan meminta pendapat daripadanya, tetapi beliau berkata, "Aku tidak ada jawapan untuk itu." Kemudian beliau berkata seperti kata-kata Abdullah ibn Mas'ud seperti di atas.

MashALLAH. Jika ulama' tidak malu untuk mengatakan'la adri' kenapa tidak kita. hakikatnya kita lebih-lebih lagi tidak ada pengetahuan berbanding mereka.
Moga ada manfaatnya:)
wALLAHu'alam.
No comments:
Post a Comment