Hari tu dah cakap pasal marah, sekarang macam mana pulak nak kawal marah
kita. Macam bomba. Mencari jalan macam mana nak kawal api yang marak...
Sekarang kita nak cari jalan, macam mana nak kawal api kemarahan kita.
Macam mana nak kawal marah?
Cara - cara nak hilangkan marah (cara ana, campur dengan orang lain punya)
1) Jauhi punca yang menyebabkan anda marah
Kalau kucing adalah penyebab anda marah, jauhi kucing itu. Kalau rakan
anda punca kemarahan anda, jauhi rakan anda itu. Buat sementara je la.
Jangan gatal - gatal nak isytiharkan perang. Kang ada pulak kes sahabat
bunuh sahabat.
2) Istighfar
Bila dah duduh jauh - jauh dari punca yang menjadi kemarahan anda,
beristighfarlah. Berzikir banyak - banyak. Daripada korang bazirkan air
liur membebel yang tak tentu hala, apa salahnya korang try berzikir
pulak.
Firman Allah SWT, "ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, nescaya
hatimu akan menjadi tenang." Insya Allah, hati korang akan tenang dan
relaks selepas itu.
3) Berwudhuk
Apabila tengah - tengah hot ni, syaitan suka la menghasut. Masa tengah
hot ni la, syaitan bagi idea gila. Suruh bunuh, suruh pukul, simbah
asid. Jadi, jaga - jaga. Apabila timbul perasaan ni, cepat - cepat ambil
wudhuk. Jangan layan sangat amarah tu. Makin dilayan, makin sakit hati.
So, tenang, pergi ambil wudhuk.
4) Lakukan apa yang korang suka @ hobi

Bila
hati dah tenang sikit, korang buat la apa yang korang suka. Makan,
tidur, lari, tak kisah. Asal jangan terjun bangunan sudah. Tension la
katakan.Tapi terserahlah kalau korang nak buat apa pun. Sesetengah orang
akan menangis sebab nak kawal perasaan amarah. Macam sahabat ana. Kalau
time nak marah, mesti dia akan menyepikan diri. Tengok - tengok dah
nangis. Tapi tak apa la. Dah nangis tu kira dapat cuci mata. Perhatian!
Jangan buat perkara yang melampaui batas dan lunas - lunas yang
ditetapkan agama.
5) Mandi
Bila dah nangis tu, sure mata bengkak. Korang mandi la. Buruk kalau
orang lain tengok. Duduk bawah pancuran air hujan sambil nangis. Duduk
la lama sikit. Sambil - sambil nangis tu, tolong la basuh bilik air ke,
basuh baju ke. Sental baju @ lantai bilik air sampai bersih. Tengah
geram. Nak lepas kat orang, naya. Lepas kat kucing, kasihan pulak. Lepas
la kat baju @ lantai bilik air. Kalau baju rosak, beli baju baru...
Lagipun air dapat mendatangkan ketenangan dalam jiwa. Tip daripada ustaz
ana, ketika air sedang mengalir dia atas kepala, berdoalah dalam hati
agar air itu dapat menghapuskan bara amarah sepertimana air memadamkan
api.
6) Tanamkan maaf dalam diri

Sudah
- sudah la tu berdendam. Buat penat je. Buat sakit hati pun ada. Cuba
fikir balik. Tenangkah sebuah kehidupan jika disulami dengan kebencian
dan dendam? Takkan aman punya. Korang tanyalah pencuri ke perompak ke,
tanya mereka. Aman tak hidup jika asyik diburu polis. Hoho... Hidup
dalam ketakutan... Siapa nak... Jadi, saling bermaafan. Jangan tunggu
Hari Raya pulak. Asyik tunggu Hari Raya je. Didik dalam diri supaya
jangan tunggu Hari Raya. Sekarang jugak pergi minta maaf. Bila dah
bermaafan, sure hati akan jadi tenang. Try la.
7)Bermuhasabah diri
Bermuhasabah diri balik. Cari punca masalah yang berlaku. Mungkin semua
masalah berpunca daripada kita dan kelemahan kita. Jangan asyik nak
tunding jari kat orang lain. Jadi, time ni la korang nak cari kelemahan
korang dan kalau mampu, perbaiki kelemahan kita itu. Then, slow - slow
selesaikan masalah yang timbul. Insyaallah. Semua masalah punya jalan
penyelesaian.
8) Minum air
Minum air masak banyak - banyak. Jangan air tengah menggelegak. Kang
makin panas hati korang. Minum air suam pun okey. Minum selagi tak
hilang amarah tu. Ana selalu buat macam tu. Kalau nak marah je terus
minum air. Terus tak jadi nak marah. Entah petua mana ana ambil. Tapi
memang betul. Menjadi. Atau tak boleh nak marah sebab perut
kembung - terlalu banyak minum air.
9) Membaca al - Quran
Bagilah hati tu lega dengan ayat al - Quran. Daripada korang duduk
melalut, baik korang baca al - Quran. Terapi hati. Mujarab. Cubalah.
Insyaalah, hati akan jadi tenang dan lapang. Tak payah korang nak pergi
jauh - jauh, London, Africa, semata - mata nak tenangkan jiwa dan
lapangkan hati. Baca kalam Allah, insyaallah, hati akan menjadi tenang..
Orang soleh, apabila sedang marah, segera membaca taawwuz, sekiranya marah k