Adakah ana sibuk mengejar dunia?
'the hectic week not yet ever..'
'the busiest week not yet ever..'
'BUSY GILER minggu ni..rase cam nak pecah kepala..'
Ya Allah,ujian apakah ini,
MasyaAllah macam, tulah nak katakan kesibukan ana dan sahabat2 minggu ini utk persiapan graduasi dan final exam: ( ..dan ana banyak kali jugak terasa stressnya.. sampaikan nak buat semua kerja tak cukup tangan..
Apa yang busy sangat sampai tak cukup tangan nak buat kerja?? Sampaikan nak pecah kepala??
Ketahuilah antum dan antunna sekalian..minggu lepas ada trial imtihan,
pbspun apalagi kan..mestilah kena siapkan jugak...
Terpaksalah bertungkus-lumus siap bersilat lagi kami sepanjang minggu ni..dan alhamdulillah semua tu dah berakhir..
tpi ujian dri Allah,persiapan untuk majlis graduasi utk hari sabtu ni,YB P.kamalanathan nk hdir
Tetapi..dalam kesibukan yang ana alami..tak kurang juga masalah yang ana dan kawan-kawan hadapi..
ya apa masalahnya..
Apabila kita stress dengan kerja kita..timbullah masalahnya.. bila emosi
tak stabil mulalah syaitan nak timbulkan sesuatu untuk buat kita lupa
pada Pencipta kita..
Masalah kawan dan sebagainya..ada yang tak nak tegur,tak nak
cakap,kurung dalam bilik, keluar bilik..macam-macam lah yang
berlaku..dan itu semua dah memang fitrah manusia..bila stress nak cari
gaduh?? ehh betul ke??
Fikir dan terus berfikir ..
Sampaikan terlalu busy..ana terpaksa stay kat madrasah smpai mghrib,balik dlm keadaan gelap
Bila kita buat extraordinary work ni..badan tak biasa dan sangatlah
letih..yup ana akui memang terlalu letih sampaikan ana ter over
sleep..tak terbangun ana untuk bersujud menghadap Ilahi..mana tak
sedihnya ...macam nak pergi buat date lah bagi orang yang hangat
bercinta kan?? Terlepas nak pergi date sebab terlalu khusyuk
tidur...sedih..sangat sedih..
Kadang-kadang terfikir jugak..adakah aku sepanjang minggu ini terlalu
sibuk dengan dunia..MasyaAllah sampaikan tak terbangun dari tidur?? Ana
terlampau sedih kalau teringat akan benda ini sampaikan tak ada mood dan
kawanlah jadi mangsanya..maafkan ana sahabat-sahabat kalau ada terasa
dengan ana sebelum ini..memang perbuatan ana itu tanpa disedar T__T
ok..berbalik pada persoalan ana..adakah ana sibuk sangat mengejar
dunia?? Adakah ana salah kalau ana sibuk nak study..nak dapat markah
yang baik??
Kalau ikutkan semua itu memang tak salah tapi kena besertakan niat yang
betul..kalau kita niat nak markah tinggi sebab nak tunjuk
hebat..moga-moga diri pembaca semua tetapkan hati dengan niat yang
betul..kita nak belajar kerana nak membantu agama Allah..sambil belajar
sambil kita sebarkan dakwah kita dengan cara yang betul..tapi ana buat
ke semua benda itu dengan cara yang betul?
Hakikatnya, kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan jadual dunia selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud :
Peringatan daripada Allah ini menjadikan orang beriman dan soleh lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual dunia. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain.
Ingatlah wahai diri! Dakwah bukanlah HOBI, yang dilakukan hanya pada waktu lapang. Tetapi dakwah dilakukan dengan kita sendiri melapangkan waktu tersebut. Fahami dan menjiwailah kata-kata ini.
Hakikatnya, kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan jadual dunia selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud :
“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: 96-99)
Peringatan daripada Allah ini menjadikan orang beriman dan soleh lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual dunia. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain.
" Apabila kita tidak disibukkan dengan KEBAIKAN, maka kita akan disibukkan dengan KEBURUKAN"" Sesungguhnya rehat bagi seorang mukmin itu setelah kakinya menginjak ke SYURGA"