Chrome Pointer
Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu... ~••raBiatuL aDawiYah••~

Thursday, 20 September 2012

Bulatan gembira:)

Alhamdulillah,mcam2 sudah ana lalui,,,sahabat2 yg baik yg selalu bri semangat:)
syukran ikhwah naim/izzat:),,,berjuang utk trial:)

Thursday, 16 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar:)bersyukur sgt2 dkt Allah krna permudahkan urusan ana,rabbi yassirr walatu assir:)terngiang2 tdi sahabat baik ana berkata & merupakan ketua dlm mjlis tdi"katanya"nasib baik yus ada jgk,kalau x naim x semangat & takut :)alhamdulillah,ana  terkesan dgn kata2 nya...Insyallah,ana akan bntu anta x kira senang mhupun susah:)kita dh jnji kn:)terima kasih krna bgi semangat utk ramadhan thun nie,1 time jumpa sahabat mcm anta:)ana bersyukur sgt:)sepanjang mjlis tadarus,anta selalu bgi semangat yg mane anta ckp ana boleh lakukan,alhamdulillah,terbukti ana mmpu lakukan,syukran jaziilan ya akhi,ana uhibukka fillah:)ingat yea,kita bljr rjin2 krna Allah utk dpt tmpt utk degree 1:)

  Ana uhibbuka ikhwah Naim/Izzat:Pendorong t'baik..

Friday, 3 August 2012

Hah,,ciri2 kawan baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
#Muhammad Naim b Zahari:)uhibukka fillah

Sunday, 29 July 2012

lelaki:)

Meskipun kamu tidak berkopiah, wahai sang lelaki.

Berperangailah dan menjagalah sifatmu sepertimana kamu sedang memakai kopiahmu. Masih tetap taat pada Allah, masih tetap menjaga batas pergaulan, masih manis seperti orang yang memperjuangkan deenullah.

Jadilah lelaki acuan Al-Quran.
Dibentuk dengan pedoman, diinti dengan panduan.

باسم الله الرحمن الرحيم

                                                         
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ~
ya Allah..mengapa hati ini ya Allah..
lembutkan ia ya 'azzim..
jauhi hatiku daripada gangguan syaitan ~
nyahkan ia dari dalam hatiku..
jangan kau izinkan dia menggoda imanku..

Mengapa ya ? 
wahai hati..mengapa engkau ? segala ujian datang dari Allah..
kenapa engkau seolah tidak boleh menerimanya?
wahai hati,sedarlah engkau..terlalu bnyak nikmat yang telah DIA beri..
bersyukurlah wahai hati..
wahai hati, bersihkah engkau ?


pernah tak antum rase bagaimana peritnya ujian Allah ? pernahkan ? takkan ade yang akan berkata "tidak " kerana semua orang-orang beriman pernah merasakannya..

"jangan kata kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji"

" senang la kau kata ! kau tak rase ! "


" alah ! kau tau ape tentang perasaan aku ! kau tak tahu !"


" kau takkan dapat rase la..kenapa Allah buat aku macam ni."


" kenapa Allah hukum aku macam ni,? kata Allah tu maha pemurah? "


hati-hatilah bila berbicara..dengan bicara jugalah akidah dan iman bisa jatuh ~ :) sama-sama muhasabah,khusunya buat ana kerana tangan ana yang sedang menaip ini bergerak menaip mengikut kata-kata yang lahir dari hati ana..:) dan hati ana lbih hmpir dgn diri ana..:D

 sahabatku sayang..

sememangnya ujian Allah itu sentiasa datang untuk hamba-hamba NYA..tetapi,sahabat cuba renungkan..:) seberat manapun,seperit mana pun..malah sepahit mana pun ujian yang DIA beri..adakah segala nikmatnya ditarik ? tidak bukan ? ana berikan contoh..Allah memberikan ujian kepada kita,dengan menarik kesenangan yg kita dapat..kesenangan tersebut jua datangnya dari Allah bukan ? sewaktu kita dilanda kesusahan..adakah Allah menyekat nafas kita ? adakah Allah mengaburkan pandangan kita ? adakah Allah melumpuhkan perjalanan kita ? tidak kan ? disini kita dapat melihat bahawa, Allah hanya menguji keimanan kita..Allah hanya mahu melihat tahap kesabaran kita dan mahu melihat sejauh manakah cinta kita terhadapNYA..

sahabat..sejauh mana cinta kita kepadanya ? apakah dia cinta kepada Allah ? bukan hanya berada dalam alunan lidah yg tidak bertulang ~ tetapi..disisipkan jauh disudut hati..dimana disitulah layaknya Allah kita letakkan :) bukan dengan hanya melafazkan..

"aku cintakan Allah"

"cinta aku hanya untuk Allah"

" hatiku ini hanya untuk Allah"

cinta kepada Allah adalah sesuatu yang terindah dan cinta itulah yang paling sempurna ! :D tamam ! :) tetapi berapa ramaikah antara kita sebagai hambanya mengejar cinta abadi ini ? cinta teragung ini ? berapa ramaikah ? muhasabah kembali..Allah tersangat-sangat baik ! DIA sentiasa mencintai hambanya walaupun hambanya sentiasa tidak mempedulikanNYA..lihat lah !  pemurahnya Allah sentiasa melimpahkan rasa cintanya kepada kita..masyaAllah..


apa bukti Allah tu cintakan kita ? tak nampak pun !

buktinya adalah, Allah tidak menarik segala apa yang diberikan kepada engkau sehinggakan..
engkau masih mampu berdiri sekarang ? bagaimanakah engkau bisa berdiri ?
atas kehendaknya bukan ? nafas yang engkau hembus dan sedut semula adalah dari NYA juga kan ?
apakah engkau tidak melihat betapa cintanya DIA pada kau ?


cinta kepada Allah ialah,bilamana seseorang itu melakukan sesuatu hanyalah semata-mata keranaNYA..hanya untuk mendpatkan keredhaanNYA..yang dikatakan cinta kepada Allah ialah,apabila hambanya mencintai sunnah kekasih Allah,kerana Allah pernah berkata " jika kau mahukan cintaku,kau cintai dahulu kekasihku" ..yang dikatakan cinta kepada rasulullah itu adalah apabila ummatnya mencintai ahlul bayt kekasih Allah,.kerana kekasih Allah yang mulia pernah berkata " jika engkau mahukan cintaku,kau cintailah dahulu ahlul bayt ku" :) cintailah mereka ! mereka yang sentiasa memperjuangkan perjuangan Rasulullah.memartabatkan dan menaikkan nama islam dikemuncak dunia..:D

kenapa Allah bagi aku kesusahan ? kenapa Allah sempitkan hidup aku ?


Allah beri engkau kesusahan sebagai ujian..dan Allah berikan engkau kesempitan kerana Allah tiadak mahu engkau hanyut dalam kelapangan,sesungguhnya Allah lebih mengetahui tindak tanduk hambanya sedangkan engkau tidak mengetahui..


aku bersyukur Allah memberikan aku kelapangan ~


bersyukurlah atas nikmatNYA..sentiasalah bermuhasabah dan mengingatiNYA..Allah memberikan engkau kelapangan kerana Allah tidak mahu engkau hidup didalam kesempitan..maka,bersyukurlah engkau ataas nikmatnya..jangan pula kau dustakan nikmatNYA,,kelak kau akan binasa..


kenapa Allah tak bagi aku senang ? tak pulak bagi aku susah..tapi sederhana ?


Allah tidak memberikan engkau kesenangan malah Allah juga tidak memberikan engkau kesusahan adalah kerana,Allah tidak mahu engkau bergantung harap selain daripadanya..bersyukurlah engkau kerana tidak mmberikan kesenangan juga kesusahan ~


Bersyukurlah diatas setiap apa yang diberikan ~
sekalipun anda diberikan 'kesusahan' dalam hidup..
kerana ,dia lebih mengetahui apa yang dilakukan sedangkan kamu tidak mengetahuinya ~
sentiasalah bersabar menerima segala yang diberikan..
sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar..:)

Daripada syeikh Atha'illah as-shakandary dalam kitabnya al-hikam ~
Allah melapangkan hidupmu supaya kamu tidak berada dalam kesempitan,
Allah menyempitkan hidupmu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan,
Allah melepaskan kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung harap
selain daripadanya.. 


sebagai perkongsian dan renungan untuk kita semua ~ ada hikmah disebalik ujian dan ada rahmat disebalik dugaan ~ salam muhasabah ~ :)

jom2 kite muhasabah ~ :)

Friday, 27 July 2012

Alhamdulillah

              exam dh settle,cuma result?huhuhu,ok lah,,tpi still x tau dpt nombor brpe,,kalau bleh nk no 1:)heheh
hari ni berbuka puasa dkt skolah,Alhamdulillah,meriah nyer,ader ikwah Naim,Izzat,yus,nazirrul,ikwan& rmai lgi:)syg antum semua,,uhibukkA FILLAH
                                    
"Seandainya engkau bertemu seorang kawan...

Yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,

Mendahulukan atas nama kebajikan,

Menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,

Menegur kelemahanmu atas nama kebaikan,

Memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,

Ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan ....

Tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti.."
PHD
         

Saturday, 21 July 2012