Chrome Pointer
Tuhanku... bintang2 telah menjelma, mata manusia terlena sudah, ketika semua pintu telah tertutup, tatkala unggas malam sahut-menyahut, dan inilah aku...inilah aku, duduk di hadapan-Mu, mengadu cintaku yg selalu terganggu... mengintai kasih di perdu rindu... ~••raBiatuL aDawiYah••~

Saturday, 3 August 2013

Iftar Ramadhan bersama YDP PIBG

Assalamualaikum wbt.,

Ikhwah dan akhawat yang Allah kasihi.

Selamat menempuh Ramadhan Keampunan Allah, di fasa Akhir Ramadhan ini...

Alhamdulillah,kami telah dijemput utk berIftar bersama Kelaurga YDP PIBG:)semoga Allah murahkan rezeki Keluarga beliau:)Alhamdulillah,Dapat duit rasa tau,walaupun dh tua:)RM20 seorg..hehe,JAzakallahu khaira..
                                             keluarga EnAzman Bersama kami

                                              bersama 3 org anak beliau yg berpotensi:)

                                            Ana,Ikhwah Naim,dan Ikhwah Fakhrul

Selain itu,YDp sempat memberi tazkirah ringkas iaitu golongan yang dirindui syurga

EMPAT GOLONGAN YANG DIRINDUKAN SYURGA
1. Orang yang menjaga lisannya
    Dibulan Ramadhan kita tidak hanya melatih diri menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih diri untuk memiliki sikap yang baik. Lisan merupakan salah satu yang akan mempengaruhi pahala ibadah kita. Peribahasa mengatakan "Mulutmu Harimaumu". Ucapan kita dapat membuat orang lain sakit hati. Dibulan Ramadhan ini saatnya kita melatih lisan kita agar lebih baik lagi dengan cara melatihnya dengan membaca tasbih atau dengan kalimat-kalimat Allah lainnya, ataupun dengan diam.
2. Orang yang membaca Alquran
    Barang siapa yang menghiasi rumahnya dengan membaca Alquran, insyaallah dia akan selalu dirindukan surga. Membaca disini bukan sekedar membaca sembarangan saja, tetap membaca dengan ikhlas dan memahami makna dari kalimat yang dibaca.
    Membaca Alquran bisa menjadi salah satu cara untuk menjaga lisan kita untuk tidak mengucapkan hal-hal yang kurang baik sehingga mampu menghilangkan pahala ibadah kita.
3. Orang yang memberi makan orang yang lapar
    Orang lapar disini terbagi atas 2 golongan, yaitu Musafir dan Orang berpuasa yang fakir. Dengan memberikan makanan dengan ikhlas kepada saudara-saudara kita yang sedang lapar, maka kita akan termasuk salah satu orang yang akan dirindukan surga. 1 makanan yang dimakan akan diganti Allah 700x lipat. Subhanallah.. Dibulan Ramadhan ini kita diajak untuk peduli dengan saudara-saudara kita yang kurang beruntung dengan memberikan mereka sebagian makan dan minum untuk berbuka.
    Kalau di mushola daerah rumah saya, sudah ada jadwal setiap rumah untuk bergiliran memberikan makanan ke mushola. Bukan maksud membatasi ya, tapi agar pemberian makanannya tidak mubajir. Jika ingin memberi makanan tiap hari boleh. Hal ini dibuat agar sampai akhir Ramadhan tetap ada warga yang memberikan makanan untuk berbuka dan untuk yang tadarusan di mushola..
4. Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan
    Orang yang berpuasa dibulan Ramadhan juga termasuk yang akan dirindukan surga. Tentunya bukan sembarangan puasa ya, tapi orang-prang yang berpuasa dengan ikhlas dan mampu menjaga tingkah lakunya.
Alhamdulillah,Terima Kasih diucapkan kpd En.Azman YDP PIBG kerana sudi menjmput kami utk bersama2 berbuka puasa di Hulu Yam Resort(nama x tau).Semoga Allah murahkan rezeki keluarga Encik Azman dan Anak2 ENcik mendapat kejayaan dunia wal akhirat..terima kasih jgk kpd rakan2 seperjuangan atas komitmen anda bersma-sama menyertai iftar ni...Teruskan bermujahadah dlm amalan:)



Iftar Ramadhan 2013

Assalamu'alaaikum dan salam ramadhan buat sahabat yg disayangi kerana ALLAH:)
Apa khabar semua saudara islam?apa khabar?apa khbr iman Mu?sihat?
Alhamdulillah,pada minggu lps ana telah beriftar di rumah cikgu@muallimah ana fi ulu yam,Alhamdulillah,suasana iman sentiasa dizinkan oleh Nya...
Alhamdulillah,ada juga insan yg baik hati nk tumpangkan ana ke rumah cikgu ana tu:)sekalung jutaan terima kasih buat ikhwah Akmal Alif kerana sudi menumpang insan yg hina ini kerumah cikgu..

                                                      Akmal Alif & Ana :) 
Alhamdulillah,perjalanan ke rumah cikgu Zillah sedikit di uji apabila ktm delayed:(tpi Alhamdulillah,msih dpt smpai kerumah cikgu sblum msuk wktu berbuka:)Alhamdulillah ya Allah:)
disini Ana bersyukur kerana Allah sebab dpt berbuka bersama antum:)ana tahu ini tahun terakhir nahnu beriftar bersama,moga di lain kali dpt beriftar bersamal lagi:) 
Disini Ada gmbr2 untuk kenangan dan nolstagia bersama antum:)
                                                        Ikhwah FItri Marzuki:)
                                                     Ana dan Ikhwah Azizi:)
Ana ucapakan Jazakumullah Khairan Khatiro kerana sudi berbuka puasa bersama ana dan kawan2 yg lain:)InsyaAllah,Di lain kali kita berjumpa lagi:)


 Untuk Sahabatku :)
“Allah Ta’ala berfirman pada Hari Kiamat: “Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan-Nya sahaja.” Sebagaimana diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)



Thursday, 28 March 2013

Imam Muda Azhar :)

Assalamu'alaikum,entah sejak 2 menjak ni jdi minat terhdp lagu hambaMu,
ana x pasti kenapa,wallahualam,bila tgk video lgu hambamu,ana jdi cemburu,knp aku x dpt jdi seperti mereka?akhi2 imam muda sgt hebat,hafal quran,tawaduk,berbnding ana?tpi x pe itu bhgian mereka,insyaAllah bhgian ana lebih baik,jdi ana nk kongsi salah seorang idola atau peminat,membuatkan ana jdi semangat iaitu akhi Azhar,
[263116_10150242745426714_723061713_7773589_1214608_n.jpg]
Name:                : Khairul Azhar Ghazali
Gender               : Male
Occupation        : Imam Muda
Location             : Padang Serai, Kedah, Malaysia
Introduction        :
Dilahirkan di Pokok Sena,Kedah pada tahun 1989.Mendapat pedidikan rendah di Sek Keb Tembak, Kuala Ketil antara tahun 1996-2001.Meneroka bidang penghafazan Al-Quran di Ma’had Tahfiz Nurul Islamiah,Baling dan Pengajian Islam (sistem zawiyah) di Madrasah Zuhdiah dan (4 thanawi) di Madrasah Misbah Al-Falah,Baling hingga 2009. Kini Mahasiswa di Fakulti Tahfiz dan Pengajian Islam, Yayasan Al-Huffaz,Kedah.Sekarang berusaha bersama teman-teman membangunkan pusat pengajian fardhu ain dan Al-Quran dinamakan Teratak Ilmu khas untuk semua lapisan masyarakat.Merupakan salah seorang Imam Muda 2010 Astro Oasis 106.

Sunday, 3 February 2013

Jenis pendakwah yang tidak disenangi

Assalamualaikum . =D

First of all, apa itu pendakwah? Pendakwah ni mereka yang mengajak ke arah kebaikan. Sesiapa sahaja yang mengucapkan 2 kalimah syahadah, dia wajib berdakwah. Bukan mereka yang dari sekolah agama sahaja ye. Jangan guna alasan bukan dari sekolah agama untuk tidak berdakwah sebab kita ada banyak masa dan banyak cara untuk belajar agama.

Bukan sahaja mereka yang bergelar ustazah atau ustaz, dan bukan juga yang memakai serban dan tudung labuh. Kan da kata tadi, bila kita dah ucap 2 kalimah syahadah, maka kita wajib berdakwah. Termasuk yang seksi-seksi tu? Ya, termasuklah mereka selagi mereka Islam. Cumanya mereka antara pendakwah yang gagal, gagal menjadi hamba Allah yang mematuhi perintahNya. Kadang-kadang kita pun macam tu ye dak? Cumanya dosa kita dan dosa mereka mungkin tak sama... So, don't easily judge people..

ok, next. ana bukan nak menghina pendakwah ye. Cumanya dalam berdakwah, mungkin ada kesilapannya termasuklah ana. Mungkin mereka tak sedar dan tak ditegur. Moga teguran ini membuka hati untuk berubah dan buat ana bertambah baik.. ameen..

Kesilapan dalam berdakwah

1. Menegur di khalayak ramai

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)

Pernah buat? Ya, niat kita baik. Tapi kalau kena kat diri kita sendiri, malu ya amat. Kita malu dosa kita diketahui umum. Sebaiknya gunalah cara yang lebih baik iaitu bercakap secara sulit atau message je. Kalau kat laman sosial, buatlah private msg, usah post kat wall dia yang boleh ditatap ribuan pembaca ye!

2. Menegur kesalahan padahal dia turut lakukan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan seseuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" 
(Surah As-Saff ayat 2-3)

Firman Allah lagi,

"Mengapa kamu menyuruh orang lain melakukan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri." 
(Surah al-baqarah ayat 44)

Pernah buat? Tidaklah bermaksud nak tegur orang kena perfect. Cumanya, jika kita turut lakukan perkara yang sama. Anggaplah mereka itu reflection dosa kita. Pendek kata "cermin". Sebagaimana buruk kamu lihat orang lain lakukan, begitu juga buruknya bila kamu yang lakukan.

Suruh girl lain behave, padahal diri sendiri. Alahai, gediknya engkau.

3. Menegur dengan cara yang kasar.

"Mereka yang menegur tetapi secara kasar lagi menyakitkan, samalah ertinya memberi makanan yang lazat-lazat kepada fakir miskin, tetapi diberi dengan cara melemparkan-lemparkan makanan" (Ustazah Fatimah Syarha).

Nauzubillah. Bagaikan sedang merawat pesakit, dalam masa yang sama menambahkan lukanya. Sungguhpun baik nasihat tu, siapa sudi menerimanya kalau begitu caranya. ye dok?

Jangan pula berdakwah semata-mata nak orang terasa, itu MENYAKITI namanya.

4. Berlagak dengan ilmu yang dimilikinya

Allah berfirman dalam hadis Qudsi,

"Sombong itu adalah selendangKu dan keagungan itu adalah sarungKu. Barangsiapa yang merampas salah satunya dariKu, Aku lemparkan dia ke neraka Jahannam" (Riwayat Abu Daud)

nauzubillah. Buat apa nak bangga dengan ilmu yang ada. Sekali kena ketuk, lupa terus. 

5. Beri dakwah dengan cara mengaibkan

Niat tidak menghalalkan cara. Contohnya kat facebook, nak tegur perempuan tak pakai tudung. Tapi macam-macam gambar dan cara diorang edit untuk memerli perempuan itu. Agaknya makin ramai yang nak pakai tudung ke kalau gini caranya? Mereka berhak mendapatkan teguran yang baik. 

6. Menggunakan logik akal semata-mata.

Memang kita dikurniakan akal untuk berfikir. Tapi ada certain yang tak mampu dicapai oleh akal. Kalau tak tahu, jangan pandai-pandai nak reka statement sendiri. 

7. Tidak membuat rujukan kepada yang lebih pakar

Maksudnya, dia sendiri tidak yakin dengan apa yang dia bagitahu tapi dia tetap nak sebarkan sebab difikirkan baik. Akibatnya tersalah sampaikan maklumat. Lebih bahaya, ilmu itu dia belajar tanpa guru. Buat kefahaman sendiri. Mungkin itu yang terhasilnya ramai pengikut-pengikut sesat kat dunia nih.

Lebih teruk lagi, tidak mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi, menentang Ulamak. 

8. Suka berdebat dan merasakan diri lebih betul.

Dari Abu Darda dan Wa'tillah bin Al-Asqa dan Anas bin Malik berkata, Rasulullah saw datang kepada kami pada suatu hari dalam keadaan kami berdebat mengenai sesuatu dari perkara Ad-Din. Maka Rasulullah marah dengan kemarahan amat sangat, kemudian kami mencela antara satu sama lain.

Baginda lantas bersabda, "Hentikanlah wahai umat Muhammad. Sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerananya(pendebatan).

anat tidak menentang debat dalam masa yang sama tidaklah menggalakan orang untuk berdebat. Cara yang lebih baik dan aman adalah berbincang ye. Bukan apa, berdebat mungkin saling mengutarakan pandangan masing-masing. Mungkin di antara dua itu, satu salah, satu betul atau dua-dua betul atau dua-dua salah. Kalau berdebat secara aman, tak mengapa. Tapi kalau sampai bergaduh, nauzubillah.... 

Orang yang merasakan dirinya betul akan melakukan kesilapan seumur hidupnya. Sebab apa? Sebab tak ingin dibetulkan. Orang panggil bodoh sombong. 

9. Memberi fatwa untuk membela pihaknya.

Jika ada ulamak dan cerdik pandai begini. Nauzubillah.. Nak kiamat dah dunia ni. Orang begini bagi qist adalah hamba manusia. Keluarkan fatwa agar orang suka, melonggarkan syariat. Contoh lebih dekat, ulamak di bawah parti politik yang tertentu. Siapa? Tekalah sendiri. 

10. Menggunakan dalil untuk kepentingan diri. 

Mungkin sama dengan No. 9. ana selalu tengok orang guna dalil untuk lariskan perniagaan. Contoh mudah MLM lah. A bit annoying. Not a bit, a lot. Huh. 

11. Menggunakan kepakaran kata-kata untuk mempengaruhi orang lain.

Petah berkata-kata is good. Adakalanya tak. Orang macam ni boleh mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. kalau ana berhadapan dengan orang macam ni, ana diam. 

12. Tidak menyimpan rahsia.

Sesetengah orang, dari wajahnya kita tahu dia tu baik. Kita pun dengan rasa tenteram menceritakan masalah kita untuk meminta nasihatnya. Namun, luka sungguh hati bila dibongkar pula rahsia kita setelah diberi kepercayaan. Percayalah, kalau kita mulut tempayan, orang tak caya dah.

13. Berakhlak buruk

Sehebat mana pun kita punya ilmu, kalau akhlak tidak disenangi. 
Kalau bagi talk kat depan khalayak pun, ana tak yakin berapa ramai yang sudi dengar. 

Contohilah Rasulullah, akhlak disenangi. Semua suka, baik sekali!

14. Mengungkit kesalahan yang lama

Contohnya begini, Ayaya (bukan nama sebenar) suka mencuri. Lama-kelamaan dia pun insaf. Tapi sayangnya, tidak diterima masyarakat. Punya sedih hati Ayaya. Orang sekeliling tidak percaya padanya. Malah terlalu berhati-hati dengannya takut dia mencuri barang lagi. 

Bak kata pepatah. "Enggang lalu, ranting patah". Maksudnya macam ni, kalau dalam satu kampung ada kes kecurian, orang yang pernah mencuri sudah pastilah dituduh dahulu. Kalau kena kat ana, sumpah seumur hidup terguris weh. huhu..

15. Suka Menghukum

Suka menghukum macam suka mengadili seseorang itu. Paling dahsyat sampai suka menghukum orang itu akan masuk neraka. Oh please dong, kita belum tentu masuk syurga. Kita masuk syurga bukan kerana amalan semata tetapi rahmat Allah. Kalau amalan banyak, tapi Allah murka, ke neraka juga. 

16. Berdua-duaan dengan bukan mahram

"Jangan kamu berdua-duaan dengan perempuan(yang bukan mahram) walaupun kamu berkata, saya mengajarkannya Al-Quran". (Imam Hassan Al-Basri).

Elakkan berdua-duaan. Boleh timbul fitnah dan ditangkap khalwat. Macam ana kata mula-mula tadi. Sebagaimana buruk kamu lihat orang lain lakukan, begitu juga buruknya bila kamu yang lakukan.

17. Menunjukkan contoh yang tidak baik

Orang yang alim dalam agama ini selalunya menjadi rujukan. Kalau korang boleh buat, diorang mesti anggap perkara itu dibolehkan. Persepsi masyarakat. Jangan melatah dengan kata "saya tak sempurna" tapi gunakanlah itu sebagai jalan membaiki diri. 

18. Mementingkan penyampaian dakwah dari ukhwah

Maksudnya, dia sangat beriya-riya menasihati tetapi tidak menjaga ukhwah atau persaudaraan. Bila ini terjadi, ada yang disakiti dan membenci. Sedangkan, dakwah itu mudah sekali mahu disampaikan bila adanya talian ukhwah yang baik antara satu sama lain. 


19. Menjauhi orang lain kerana dosanya

Contohnya kawan kita dulu rajin melaungkan kebenaran dan dakwah. Tiba-tiba dia terjerumus dengan satu dosa. Janganlah jauhkan diri dan jijik padanya. Tak baik. Semua ni akan membuatkan dia semakin nak jauh dari Islam.. Tegurlah baik-baik.. Dia pun manusia biasa juga, tidak terlepas dari segala dosa. 

20. Berdakwah untuk kemahsyuran

Yang ni soal hati. Tapi ciri-ciri orang gila glamour adakalanya boleh dilihat. Namun semua itu antara dia dengan Allah. Kalau rasa dia lebih-lebih tegurlah ye. Kata sayang.. hehe.. Contoh sukakan kemahsyuran? Bila dia post tentang dakwah, harap orang like, harap ramai follower.. Nauzubillah.....

21. Bergaul sesama mereka sahaja

Yang ni memang ana anti, memilih! Janganlah begini, mereka pun nak kawan sama kamu juga.. =)

22. Suka memerli

Sebagaimana kita tak suka orang buat kita macam tu, janganlah kita buat kat orang lain camtu, ye dak? Perlian itu sangat pedih dan menyakitkan bagi orang yang ada hati. 

23. Suka menasihati, enggan dinasihati

Ni satu penyakit tak boleh ditegur tapi suka menegur. Bila ditegur melenting sangat. Sila tanam dalam diri yang kita pun tak sempurna ye..

24. Mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. 

Saya faham. Kalian begitu prihatin dengan masalah orang lain. Kalau boleh, mahukan yang terbaik untuk orang lain. Tapi janganlah pula mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah ye pendakwah sekalian. Dakwah tu antara manusia dengan manusia. Hamba pula hubungan kita dengan Allah. 

Jaga imej. Bila dah dikenali sebagai pendakwah, janganlah terlalu sibuk urusan dengan manusia hinggakan solat pun akhir waktu...
Utamakanlah hubungan kita dengan Allah.

InsyaAllah, kalau mampu jadi hamba Allah terbaik, kamu juga pendakwah terbaik!


Ini first artikel sempena ramadhan. haha. Lambat!
Alhamdulillah. Allah beri idea untuk ini. Ini belum yang terbaik tapi akan ditambah dari masa ke semasa. penat dah.. huhu.. Banyak lagi yang perlu dihuraikan.
Jadikanlah bulan yang mulia ini untuk membaiki diri yep. 

Cara berdakwah yang terbaik,

"Serulah ke jalan TuhanMu(wahai Muhammad) dengan hikmah yang baik, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan baik..."
(surah al-nahl ayat 125) ^_^

Kalam Allah untuk semua,

"Orang-orang yang bertaqwa tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas dosa-dosa mereka, tetapi berkewajiban mengingatkan agar mereka juga bertaqwa" (Surah Al-An'am ayat 69)

sama-sama mahu ke syurga kan? ayuh, tarik yang lain. tak boleh tarik, tolak! hehe...
Pbs x siap,update blog sempat,asif jiddan

Introspeksi diri. :)

Bismilillahirrahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Introspeksi diri.
Muhasabah diri.

Pabila rasa ingin berkongsi sesuatu di sini mahupun di status FB, laju jari jemari menaip kalam-kalam peringatan, kata-kata semangat. Tulis itu tulis ini, buat peringatan bersama. Tapi... adakah diri ini, buat apa yang diperkatakan? Atau hanya buat mereka yang membaca sahaja?

-.-

Bimbang andai ada perkataan yang tertulis namun tak seiring dengan perbuatan. Hanya mulut yang lancar menuturkan bicara tapi tidak pada amal. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

surah As-Saff, 2-3 (61:2-3)

Ayat yang terang dan jelas untuk difahami. Allah murka andai kata kita kata nak buat sesuatu tapi tidak dibuat. Apatah lagi sekiranya kita memungkiri sebuah janji. Kalau rasa tak boleh nak tunai, jangan cuba untuk berjanji. Kan Allah dah ajar pada kita untuk menyebut InsyaAllah, (18 : 23-24). 

Ayat ni, ayat yang pernah saya bincangkan bersama adik beradik SC (smart circle) yang lain. Allah menerangkan tentang kelemahan manusia, manusia yang mudah lupa. Atau bak kata Tun Mahathir, melayu mudah lupa. 

Manusia atau insan, perkataan yang diambil dari perkataan arab, nisyan yang membawa maksud pelupa. Benarlah, manusia memang mudah lupa -.-

Introspeksi diri.

Jangan jadi macam ketam! Disuruhnya si anak ketam berjalan lurus, sedangkan mak ketam pun berjalan bengkok. Jangan hanya tahu menyuruh orang lain buat tapi diri sendiri tidak dibetulkan. Nanti Allah marah -.-

"Ali, pergi solatlah. Dah masuk waktu ni." kata si Ahmad tika lihat Ali masih seronok menonton cerita korea. Sedangkan ketika itu, si Ahmad lagi khusyuk menatap laptop. 

Apa salahnya kalau Ahmad dulu yang bangun, persiapkan diri untuk solat dan barulah mengajak Ali sekali. Bukankah itu lagi baik? Kalau tidak, jadilah bagaikan si ketam itu :D

A pause to reflect.

Lebih baik kita menyedarkan diri sendiri dulu, sebelum meminta orang lain melakukannya juga. Bukankah cara terbaik untuk menegur orang lain, dengan menjadikan kita sebagai role model, kita yang buat dulu. (=

Kalau kita tunjuk ke arah orang, bukankah ada 4 jari lagi yang menuding pada diri sendiri? Jom muhasabah diri. Cakap dan buat! (=

picture of deviantART.

Wednesday, 23 January 2013

sENYUM laH :)

Senyumlah, walau hati mu terasa sakit…
Senyumlah, walau diri mu merana…
Senyumlah, walau engkau disakiti…
Kerana dibalik senyuman mu itu…
Tersimpan satu kekuatan…
Kekuatan yang membangkitkan mu…
Memberikanmu semangat baru…
Di balik senyuman mu…
Timbul perasaan sabar…
Engkau ikhlas akan semua yang terjadi…
Engkau berserah pada yang Esa…
Kekuatan senyuman mu, memberikan mu kehidupan…
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah al-‘imran : 139)
Tersenyumlah.. :)
Walau kita dianiaya dan disakiti tanpa henti.. :)
Sesungguhnya, doa orang2 yang dizalimi itu mustajab.. :)